Sukan Tahunan SAMTSH 2014
Kejohanan Sukan, Padang dan Balapan telah dapat dilaksanakan pada 21 Jun 2014. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara lansung atau tidak dalam menjayakan program tersebut. Kursus Kepimpinan Bestari 2014
Alhamdulillah. Kursus Kepimpinan Bestari 2014 telah dapat dilaksanakan pada 14 hingga 15 Mac 2014 bertempat di Hotel Gold Course Klang. Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar sesi 2013/2014
Alhamdulillah, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi 2013/2014 yang telah diadakan pada 20 April 2014 telah berjalan dengan lancar. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Mohd Amir bin Hj. Danuri, KPP Bahagian Pendidikan Islam JAIS yang mewakili Sahibus Sa'adah Tuan Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Pengarah JAIS.
Terima Kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus membuat persiapan, terutama guru-guru SAMTiSH sehingga majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima Kasih tidak terhingga kepada PIBG SAMTiSH yang telah memberi sokongan jitu kepada pihak sekolah, terutama dalam aspek kewangan. Semoga usaha dan gandingan mantap ini akan berterusan di Bumi Barakah SAMT Sultan Hisamuddin. Kepada pelajar-pelajar yang mendapat pengiktirafan dalam majlis tersebut, diucapkan syabas dan tahniah. Perjalanan anda untuk terus menggapai kecemerlangan seterusnya masih jauh dan perlu kepada usaha yang berterusan. Selamat maju jaya.
Sanah Helwah Tuan Pengetua dan Amalan Guru Penyayang 2014
Alhamdulillah. 17 Mac 2014. Ulangtahun kelahiran Pengetua SAMTSH, Tuan Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid.. Team Khalifah ar-Rayyan memeriahkan suasana perhimpunan.. Secara tidak langsung, Tuann Pegetua turut mengimplimentasi Amalan Guru Penyayang dengan menjemput semua warga SAMTSH yang menyambut kelahiran pd hari tersebut. Semoga Tuann Pengetua terus dilimpahi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan dunia dan akhirat serta terus gigih menerajui kepimpinan SAMT Sultan Hisamuddin. More Articles...SubcategoriesPENGETUA
HAJI MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID Statistik Kementerian Pendidikan
Waktu Sekarang
|