Keputusan PMR 2013

 

Keputusan PMR 2013 SAMT Sultan Hisamuddin yang diumumkan pada hari ini (19 Disember 2013) menunjukkan peningkatan GPS serta peningkatan kualiti semua A berbanding tahun 2012. Seramai 204 orang calon telah menerima keputusan peperiksaan masing-masing pada hari ini. Seramai 57 orang calon telah mendapat 9A, manakala 40 orang calon mendapat 8A, 19 orang mendapat 7A, 12 orang mendapat 6A, 18 orang mendapat 5A, 17 orang mendapat 4A, 14 orang mendapat 3A, 15 orang mendapat 2A, 9 orang mendapat 1A dan 3 orang 0A. Kedudukan GPS ialah 1.41 berbanding 1.44 pada tahun 2012, manakala peratus kelulusan adalah 99.5% berbanding 99.52% pada tahun 2012. Pada tahun ini, SAMT Sultan Hisamuddin terus unggul sebagai sekolah terbaik PMR 2013 daerah Klang berdasarkan kedudukan GPS. Keputusan telah diumumkan oleh Pengetua SAMTSH Tuan Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid.

 

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang berjaya dengan cemerlang. Kepada mereka yang kurang cemerlang, diharap tidak berputus asa kerana peluang untuk terus maju masih terbuka dan perjalanan mengejar ilmu masih jauh.

 

 

 

 

Pelantikan Baru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

TAHNIAH

YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia



Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013.

Kami seluruh warga SAMT Sultan Hisamuddin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan berjanji memberi sokongan sepenuhnya kepada beliau untuk terus mengangkat kualiti pendidikan negara.

 

 

Keputusan PMR 2013 Diumumkan 19 Dis

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Dis ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.

Dalam satu kenyataan di sini Khamis, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama.

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis," menurut kenyataan itu.

Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini.

-- BERNAMA

Urusan Rayuan Masuk Tingkatan 1

Adalah dimaklumkan bahawa segala URUSAN RAYUAN MASUK KE TINGKATAN 1 TAHUN 2014 bukan dibawah bidang kuasa pihak sekolah. Semua urusan tersebut hendaklah dibuat terus ke Pejabat Agama Islam Daerah Klang di alamat berikut:


Bahagian Pendidikan Islam
Pegawai Agama Islam Daerah Klang,
Pejabat Agama Islam Daerah Klang,
Tingkat Bawah & 1, Bangunan
Pejabat-Pejabat Kerajaan,
Jalan Kota, 41000 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

PENGETUA

 

HAJI MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID

 

Statistik Kementerian Pendidikan

Statistik Ringkas
Bilangan Sekolah
Peringkat Bilangan Sekolah
Rendah 7,752
Menengah 2,367
Jumlah 10,119
Bilangan Murid (Enrolmen)
Peringkat Jumlah
Prasekolah 195,609
Rendah 2,708,988
Menengah 2,234,085
Jumlah 5,138,682
Bilangan Guru
Peringkat Jumlah
Rendah 198,094
Menengah 223,299
Jumlah 421,393
Data EMIS 28 Februari 2014
Maklumat lanjut sila klik disini

Waktu Sekarang