KAMIL Peringkat Sekolah 2012

Assalamu'alaikum WBT

 

Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Sekolah

 

Tempat :

Sekitar SAMT Sultan Hisamuddin (setiap acara diadakan di premis-premis tertentu)

 

Masa :

3.00 petang - 5.00 petang (14 Februari) & 11.00 pagi - 2.00 petang/3.00 petang - 5.00 petang (15 Februari)

 

Tarikh :

14 & 15 Februari 2012 (Selasa & Rabu)

 

Sasaran :

Peserta daripada 4 buah firqah (Ibnu Batuttah, Ibnu Razzi, Ibnu Rushd, Ibnu Khaldun). Sebahagian menjadi AJK pertandingan dan penyokong firqah masing-masing.

 

Tentatif :

7.40 am : P&P di kelas masing-masing

10.30 am : Rehat dan persiapan premis

11.00 am : Pertandingan bermula

1.40 pm : Semua pertandingan sudah tamat kecuali Rawi Marhaban

2.10 pm : Solat Zohor

3.00 pm : Pertandingan Rawi dan Marhaban berlangsung di dewan

4.30 pm : Tamat semua pertandingan

4.35 pm : GPK Kokurikulum, Pn Azlina mengumumkan keputusan keseluruhan KAMIL

5.00 pm : Keputusan pertandingan ditampal di hadapan Bilik Kokurikulum

 

Ulasan :

Peserta-peserta bersaing secara sihat. Tiada sebarang masalah kecuali terdapat segelintir pelajar yang berkeliaran di kawasan bukan premis pertandingan dan telah berjaya diatasi oleh beberapa orang pengawas.

 

Catatan :

KAMIL ini merupakan platform bagi pelajar untuk menonjolkan bakat mereka di samping mencari wakil sekolah bagi KAMIL peringkat zon yang akan diadakan pada 14 April 2012. KAMIL ini disertai oleh 4 buah firqah iaitu Ibnu Battutah, Ibnu Razzi, Ibnu Rushd dan Ibnu Khaldun. Bagi rumah sukan yang mendapat tempat pertama mendapat 20 markah, tempat kedua 15, ketiga 10 dan keempat 5. Peserta yang menyertai lebih daripada 1 acara pula, markah penyertaan mereka akan ditolak.

 

Sebagai contoh, mereka yang berhak mendapat tempat pertama akan mendapat tempat kedua kerana mereka memasuki lebih daripada 1 acara.

 

Antara acara yang dipertandingan adalah seperti berikut (dalam kurungan kategori) :

  • Debat B. Melayu, B. Arab, B. Inggeris (terbuka)
  • Forum  (Lelaki & Perempuan)
  • Syarahan B. Melayu, B. Arab, B. Inggeris (MT & MR)
  • Tajhiz Jenazah (Lelaki & Perempuan)
  • Nasyid (Lelaki & perempuan)
  • Rawi dan Marhaban (Lelaki & perempuan)
  • Khat dan Kaligrafi (MT & MR)
  • Tilawah Al-Qur'an (MT & MR)
  • Hafazan (MT & MR)
  • Tafsir (MT & MR)
  • Khutbah (MT & MR)
  • Musamarah (MT & MR)
  •  

Gambar :

 

 

 

Keputusan KAMIL 2012 :

1. Ibnu Batuttah (685 mata)

2. Ibnu Razzi (605mata)

3. Ibnu Rushd (575 mata)

4. Ibnu Khaldun (490 mata)

 

Juara keseluruhan telah disandang oleh Ibnu Batuttah

Mesyuarat Agung Kokurikulum 2012

Assalamu'alaikum WBT
 

Mesyuarat Agung Kokurikulum 2012

 

Tempat :

Sekitar SAMT Sultan Hisamuddin (setiap acara diadakan di premis-premis tertentu)

 

Masa :

2.30 petang - 4.30 petang

 

Tarikh :

11 Januari 2012 (Rabu)

 

Sasaran :

Semua pelajar SAMT Sultan Hisamuddin.

 

Tentatif :

1.30 pm : P&P ditamatkan

1.50 pm : Solat Zohor

2.20 pm : Taklimat ringkas di Dewan Al-Bukhari

2.30 pm : Mesyuarat agung unit beruniform

3.00 pm : Mesyuarat agung kelab/persatuan

3.30 pm : Mesyuarat agung sukan/permainan

4.00 pm : Mesyuarat agung rumah sukan

4.30 pm : Bersurai

 

Ulasan :

Semua pelajar berada dalam keadaan teratur. Tiada pelajar berkeliaran.

 

Catatan :

Mesyuarat Agung Kokurikulum tahun 2012 bagi semua unit beruniform, kelab/persatuan, sukan/permainan dan rumah sukan. Program ini merupakan program tahunan dan kebiasaannya dilaksanakan sekitar minggu kedua atau minggu ketiga sesi persekolahan. Program tersebut berjalan dengan lancar. Semua pelajar diwajibkan menghadiri semua aktiviti kokurikulum dan dikehendaki membawa buku penilaian kokurikulum setiap kali perjumpaan. Majulah sukan untuk negara.

 

Gambar :

Mesyuarat agung unit beruniform
 
Quartermaster sedang menjalankan tugas
 
Mesyuarat agung rumah sukan
 
 

Program Bahasa dan Pertandingan Bercerita SUMUR 2012

Assalamu'alaikum WBT

 

Program Bahasa dan Pertandingan Bercerita 2012

 

Tempat :

Program Bahasa (Dewan Al-Bukhari), Pertandingan Bercerita anjuran SUMUR (Bilik Seminar), Peserta KAMIL Peringkat Zon 2012 (Sekitar Kawasan Sekolah), Peserta Perarakan Maulidur Rasul (Dataran Sekolah)

 

Masa :

3.00 petang - 5.00 petang

 

Tarikh :

1 Februari 2012 (Rabu)

 

Sasaran :

Semua pelajar SAMT Sultan Hisamuddin.

 

Tentatif :

2.45 pm : Para pelajar menuju ke premis yang ditetapkan

3.00 pm : Semua aktiviti dimulakan

5.00 pm : Bersurai

 

Ulasan :

Ramai pelajar menyertai Program Bahasa dan Pertandingan Bercerita anjuran SUMUR. Terdapat juga pelajar yang menjalankan latihan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri dan latihan KAMIL.

 

Catatan :

Terdapat beberapa orang pelajar yang berkeliaran di sekitar kawasan sekolah namun berjaya dikawal oleh pengawas sekolah.

 

 

Perutusan Pengetua

 

Assalamu'alaikum WBT
 
Allhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurniaNya, Laman Web Rasmi SAMT Sultan Hisamuddin dapat disempurnakan. Selawat dan salam ditujukan kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW.
 
Adalah menjadi hasrat sekolah untuk mencapai tahap yang gemilang dan berkesan. Selaras dengan hasrat tersebut, pihak sekolah telah berusaha menyediakan laman web sekolah untuk sesiapa sahaja mengakses laman web sekolah ini. Laman web ini dibina bertujuan untuk memaparkan informasi dan aktiviti sekolah yang terkini, mahupun untuk berinteraksi sesama sendiri. Laman web ini juga bertujuan untuk memberi maklumat yang jelas dan terperinci tentang latar belakang SAMT Sultan Hisamuddin.

 

Bagi saya, laman web ini bukan sekadar paparan visual semata-mata, bahkan ia dapat membuka satu dimensi baru dalam budaya ilmu ke arah pendidikan bertaraf dunia yang menjadi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Saya berharap, semoga komunikasi, interaksi dan pertukaran maklumat akan terus berlaku dengan lebih pesat dan dinamik di ruang siber ini bagi manfaat bidang pendidikan negara. Semoga ini bukan kunjungan kali terakhir anda ke laman ini, kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda semua.

Sekian, terima kasih.

 

HAJI MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID,

Pengetua,

SAMT Sultan Hisamuddin,

Jalan Kota Raja,

41000 Klang,

Selangor Darul Ehsan.

PENGETUA

 

HAJI MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID

 

Statistik Kementerian Pendidikan

Statistik Ringkas
Bilangan Sekolah
Peringkat Bilangan Sekolah
Rendah 7,752
Menengah 2,367
Jumlah 10,119
Bilangan Murid (Enrolmen)
Peringkat Jumlah
Prasekolah 195,609
Rendah 2,708,988
Menengah 2,234,085
Jumlah 5,138,682
Bilangan Guru
Peringkat Jumlah
Rendah 198,094
Menengah 223,299
Jumlah 421,393
Data EMIS 28 Februari 2014
Maklumat lanjut sila klik disini

Waktu Sekarang