SAMTSH di World Innovation Forum Kuala Lumpur 2013
SAM Tinggi Sultan Hisamuddin telah tersenarai sebagai finalis dalam pertandingan inovasi antarabangsa kategori sempena World Innovation Forum Kuala Lumpur 2013 yang diadakan di KLCC pada 12-14 November 2013.
Dalam pertandingan tersebut persembahan dan kepetahan menyampaikan hujah dan penerangan sangat mengujakan sehingga menarik perhatian pengunjung dalam dan luar negara. Dalam pertandingan tersebut, SAMTSH tersenarai dalam kedudukan tiga yang terbaik.
Tahniah diucapkan kepada pasukan SAMTSH. Anugerah Kecemerlangan Akademik Sultan Idris Shah 1435H
Dua orang bekas pelajar SAMT Sultan Hisamuddin telah menerima Anugerah kecemerlangan akademik Sultan Idris Shah sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Selangor 1435H yang telah diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Mereka adalah Saudari Ummi Shahidah bagi peperiksaan SPM dan Saudara Nazirul Mubin untuk peperiksaan STPM. Anugerah ini telah disampaikan oleh Sultan Selangor . Ucapan Tahniah juga kpd mantan pengetua SAMT SULTAN HISAMUDDIN al Fadhil ustaz Sianid Mokim yang telah diumumkan sebagai tokoh Maal Hijrah negeri Selangor.
More Articles...SubcategoriesPENGETUA
HAJI MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID Statistik Kementerian Pendidikan
Waktu Sekarang
|