• Perasmian SAMT Sultan Hisamuddin
    Perasmian SAMT Sultan Hisamuddin

    Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan mencemar duli bagi merasmikan SAMT Sultan Hisamuddin pada 29 April 2010 (Khamis) bersamaan 14 Jamadil Awwal 1431H.


    Gambar lain sila klik DISINI.
  • SAMT Sultan Hisamuddin
    SAMT Sultan Hisamuddin

    SAMT Sultan Hisamuddin ditubuhkan pada 1936 di tapak Sekolah Kebangsaan Klang sekarang. Sekolah Agama tersebut dibuka terus semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

PERUTUSAN PENGETUA

 

Assalamu'alaikum WBT

 
Allhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurniaNya, Laman Web Rasmi SAMT Sultan Hisamuddin dapat disempurnakan. Selawat dan salam ditujukan kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW.
 
Adalah menjadi hasrat sekolah untuk mencapai tahap yang gemilang dan berkesan. Selaras dengan hasrat tersebut, pihak sekolah telah berusaha menyediakan laman web sekolah untuk sesiapa sahaja mengakses laman web sekolah ini. Laman web ini dibina bertujuan untuk memaparkan informasi dan aktiviti sekolah yang terkini, mahupun untuk berinteraksi sesama sendiri. Laman web ini juga bertujuan untuk memberi maklumat yang jelas dan terperinci tentang latar belakang SAMT Sultan Hisamuddin.

 

Bagi saya, laman web ini bukan sekadar paparan visual semata-mata, bahkan ia dapat membuka satu dimensi baru dalam budaya ilmu ke arah pendidikan bertaraf dunia yang menjadi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Saya berharap, semoga komunikasi, interaksi dan pertukaran maklumat akan terus berlaku dengan lebih pesat dan dinamik di ruang siber ini bagi manfaat bidang pendidikan negara. Semoga ini bukan kunjungan kali terakhir anda ke laman ini, kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda semua.

Sekian, terima kasih.
 
HAJI MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID,

Pengetua,

SAMT Sultan Hisamuddin.

 

 

LAGU SEKOLAH

Berita

  Kami Warga Guru SAMT Sultan Hisamuddin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Eidul Fitry, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh pelajar SAMTiSH, Ibu Bapa serta muslimin dan Muslimat. Semoga kita semua...
  Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat menunaikan Ibadah Puasa. Semoga kita semua mendapat limpahan nikmat dan kurnia daripada Allah SWT sempena bulan yang penuh barokah ini. Ramadhan Kareem
              Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2014 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah pada 27 Jun 2014. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan...
           Kejohanan Sukan, Padang dan Balapan telah dapat dilaksanakan pada 21 Jun 2014. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara lansung atau tidak dalam...
                    Alhamdulillah, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi 2013/2014 yang telah diadakan pada 20 April 2014 telah berjalan dengan lancar. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Hj....
                Alhamdulillah. Kursus Kepimpinan Bestari 2014 telah dapat dilaksanakan pada 14 hingga 15 Mac 2014 bertempat di Hotel Gold Course Klang. Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program...
                 Alhamdulillah. 17 Mac 2014. Ulangtahun kelahiran Pengetua SAMTSH, Tuan Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid.. Team Khalifah ar-Rayyan memeriahkan suasana perhimpunan.. Secara tidak langsung,...
More inArtikel

Selamat Hari Raya

 

Kami Warga Guru SAMT Sultan Hisamuddin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Eidul Fitry, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh pelajar SAMTiSH, Ibu Bapa serta muslimin dan Muslimat. Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT.

Ramadhan Kareem

 

Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat menunaikan Ibadah Puasa. Semoga kita semua mendapat limpahan nikmat dan kurnia daripada Allah SWT sempena bulan yang penuh barokah ini. Ramadhan Kareem

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2014

 

 

 

 

 

 

 

Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2014 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah pada 27 Jun 2014. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut.

Sukan Tahunan SAMTSH 2014

 

 

 

 

 

 Kejohanan Sukan, Padang dan Balapan telah dapat dilaksanakan pada 21 Jun 2014. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara lansung atau tidak dalam menjayakan program tersebut.

Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar sesi 2013/2014

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Alhamdulillah, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi 2013/2014 yang telah diadakan pada 20 April 2014 telah berjalan dengan lancar. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Mohd Amir bin Hj. Danuri, KPP Bahagian Pendidikan Islam JAIS yang mewakili Sahibus Sa'adah Tuan Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Pengarah JAIS.

 

Terima Kasih kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus membuat persiapan, terutama guru-guru SAMTiSH sehingga majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima Kasih tidak terhingga kepada PIBG SAMTiSH yang telah memberi sokongan jitu kepada pihak sekolah, terutama dalam aspek kewangan. Semoga usaha dan gandingan mantap ini akan berterusan di Bumi Barakah SAMT Sultan Hisamuddin. Kepada pelajar-pelajar yang mendapat pengiktirafan dalam majlis tersebut, diucapkan syabas dan tahniah. Perjalanan anda untuk terus menggapai kecemerlangan seterusnya masih jauh dan perlu kepada usaha yang berterusan. Selamat maju jaya.

 

Kursus Kepimpinan Bestari 2014

 

 

 

 

 

 

 

 

Alhamdulillah. Kursus Kepimpinan Bestari 2014 telah dapat dilaksanakan pada 14 hingga 15 Mac 2014 bertempat di Hotel Gold Course Klang. Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program ini. 

Jelajah Alam di Gunung Nuang 2014

 

Jelajah Alam 4 hingga 6 April 2014 di Gunung Nuang. Komitmen guru-guru mengiring pelajar dalam meneroka keindahan alam semulajadi. Pengajaran dan pembelajaran di luar kelas. Semoga pendakian naik dan turun dilindungi Allah SWT. Doa kami mengiringi kalian di sana. Nikmatilah ciptaanNya. Subhanallah. 

 

 

Sanah Helwah Tuan Pengetua dan Amalan Guru Penyayang 2014

   

 

 

  

 

 

 

Alhamdulillah. 17 Mac 2014. Ulangtahun kelahiran Pengetua SAMTSH, Tuan Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid.. Team Khalifah ar-Rayyan memeriahkan suasana perhimpunan.. Secara tidak langsung, Tuann Pegetua turut mengimplimentasi Amalan Guru Penyayang dengan menjemput semua warga SAMTSH yang menyambut kelahiran pd hari tersebut. Semoga Tuann Pengetua terus dilimpahi kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, kebahagiaan dunia dan akhirat serta terus gigih menerajui kepimpinan SAMT Sultan Hisamuddin.

Pertandingan Kemahiran Amal Islami 2014

 

 

 

Sekalung penghargaan dan tahniah kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang telah menjayakan KAMIL ZON 2 2014. Berikut senarai keputusan Pertandingan Kamil Zon 2 SAMTISH :

Johan :
- nasyid L + nasyid P
- musamarah L + musamarah P
- debat bm
- debat bi
-debat ba
- forum bm P
- rawi marhaban P
- tilawah MA L
- syarahan bm MA L
- syarahan bm MR P

 

Naib johan :
- tfsir MA P
- khat MR P
- syarahan BM MA P
- syarahan BA MA L
- syarahan BI MA L
- syarahan BI MA P
- syarahan BI MR L
- tilawah MA P
- tajhiz jenazah P
- rawi marhaban L ( mrkh sama dgn johan)

 

Ketiga :
-tafsir MR L
- tafsir MR P
- hafazan MR L
- hafazan MR P
- khat MA L
- khat MA P
- khat MR L
- syarahan bm MR L
- tilawah MR L
- tajhiz jenazah L
- forum bm L

 

Tahniah sekali lagi pada semua yang telah berhempas pulas siang dan malam dalam menjayakan dan menaikkan nama sekolah. Tahniah juga pada Tuan Pengetua yang berjaya menghidupkan roh islam dalam diri warga SAMTISH. Hanya Allah sahaja lah yang dapat membalas jasa kalian.

 

Pelancaran Minggu Sains dan Matematik 2014

 

 

 

 

 

 

Pelancaran Minggu Sains dan Matematik pada 24 Februari 2014 

 

PENGETUA

 

HAJI MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID

 

Statistik Kementerian Pendidikan

Statistik Ringkas
Bilangan Sekolah
Peringkat Bilangan Sekolah
Rendah 7,752
Menengah 2,367
Jumlah 10,119
Bilangan Murid (Enrolmen)
Peringkat Jumlah
Prasekolah 195,609
Rendah 2,708,988
Menengah 2,234,085
Jumlah 5,138,682
Bilangan Guru
Peringkat Jumlah
Rendah 198,094
Menengah 223,299
Jumlah 421,393
Data EMIS 28 Februari 2014
Maklumat lanjut sila klik disini

Facebook

Waktu Sekarang

 

Lokasi