• Perasmian SAMT Sultan Hisamuddin
    Perasmian SAMT Sultan Hisamuddin

    Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan mencemar duli bagi merasmikan SAMT Sultan Hisamuddin pada 29 April 2010 (Khamis) bersamaan 14 Jamadil Awwal 1431H.


    Gambar lain sila klik DISINI.
  • SAMT Sultan Hisamuddin
    SAMT Sultan Hisamuddin

    SAMT Sultan Hisamuddin ditubuhkan pada 1936 di tapak Sekolah Kebangsaan Klang sekarang. Sekolah Agama tersebut dibuka terus semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.

PERUTUSAN PENGETUA

 

Assalamu'alaikum WBT

 
Allhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurniaNya, Laman Web Rasmi SAMT Sultan Hisamuddin dapat disempurnakan. Selawat dan salam ditujukan kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW.
 
Adalah menjadi hasrat sekolah untuk mencapai tahap yang gemilang dan berkesan. Selaras dengan hasrat tersebut, pihak sekolah telah berusaha menyediakan laman web sekolah untuk sesiapa sahaja mengakses laman web sekolah ini. Laman web ini dibina bertujuan untuk memaparkan informasi dan aktiviti sekolah yang terkini, mahupun untuk berinteraksi sesama sendiri. Laman web ini juga bertujuan untuk memberi maklumat yang jelas dan terperinci tentang latar belakang SAMT Sultan Hisamuddin.

 

Bagi saya, laman web ini bukan sekadar paparan visual semata-mata, bahkan ia dapat membuka satu dimensi baru dalam budaya ilmu ke arah pendidikan bertaraf dunia yang menjadi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia.

 

Saya berharap, semoga komunikasi, interaksi dan pertukaran maklumat akan terus berlaku dengan lebih pesat dan dinamik di ruang siber ini bagi manfaat bidang pendidikan negara. Semoga ini bukan kunjungan kali terakhir anda ke laman ini, kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda semua.

Sekian, terima kasih.
 
HAJI MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID,

Pengetua,

SAMT Sultan Hisamuddin.

 

 

LAGU SEKOLAH

Berita

  Kami Warga Guru SAMT Sultan Hisamuddin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Eidul Fitry, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh pelajar SAMTiSH, Ibu Bapa serta muslimin dan Muslimat. Semoga kita semua...
  Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat menunaikan Ibadah Puasa. Semoga kita semua mendapat limpahan nikmat dan kurnia daripada Allah SWT sempena bulan yang penuh barokah ini. Ramadhan Kareem
              Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2014 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah pada 27 Jun 2014. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan...
           Kejohanan Sukan, Padang dan Balapan telah dapat dilaksanakan pada 21 Jun 2014. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara lansung atau tidak dalam...
                    Alhamdulillah, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi 2013/2014 yang telah diadakan pada 20 April 2014 telah berjalan dengan lancar. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Hj....
                Alhamdulillah. Kursus Kepimpinan Bestari 2014 telah dapat dilaksanakan pada 14 hingga 15 Mac 2014 bertempat di Hotel Gold Course Klang. Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program...
                 Alhamdulillah. 17 Mac 2014. Ulangtahun kelahiran Pengetua SAMTSH, Tuan Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid.. Team Khalifah ar-Rayyan memeriahkan suasana perhimpunan.. Secara tidak langsung,...
More inArtikel

Kejohanan Catur MSSD Peringkat Daerah Klang

 

Kejohanan Catur MSSD peringkat Daerah Klang sedang berlangsung di SAMT Sultan Hisamuddin bermula 20 Januari 2014 hingga 23 Januari 2014. Semoga peserta-peserta yang mewakili sekolah memberi saingan yang sengit, seterusnya mencapai kemenangan.

Keputusan PMR 2013

 

Keputusan PMR 2013 SAMT Sultan Hisamuddin yang diumumkan pada hari ini (19 Disember 2013) menunjukkan peningkatan GPS serta peningkatan kualiti semua A berbanding tahun 2012. Seramai 204 orang calon telah menerima keputusan peperiksaan masing-masing pada hari ini. Seramai 57 orang calon telah mendapat 9A, manakala 40 orang calon mendapat 8A, 19 orang mendapat 7A, 12 orang mendapat 6A, 18 orang mendapat 5A, 17 orang mendapat 4A, 14 orang mendapat 3A, 15 orang mendapat 2A, 9 orang mendapat 1A dan 3 orang 0A. Kedudukan GPS ialah 1.41 berbanding 1.44 pada tahun 2012, manakala peratus kelulusan adalah 99.5% berbanding 99.52% pada tahun 2012. Pada tahun ini, SAMT Sultan Hisamuddin terus unggul sebagai sekolah terbaik PMR 2013 daerah Klang berdasarkan kedudukan GPS. Keputusan telah diumumkan oleh Pengetua SAMTSH Tuan Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid.

 

Pihak sekolah mengucapkan tahniah dan syabas kepada mereka yang berjaya dengan cemerlang. Kepada mereka yang kurang cemerlang, diharap tidak berputus asa kerana peluang untuk terus maju masih terbuka dan perjalanan mengejar ilmu masih jauh.

 

 

 

 

Keputusan PMR 2013 Diumumkan 19 Dis

KUALA LUMPUR, 12 Dis (Bernama) -- Keputusan peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2013 akan diumumkan pada 19 Dis ini, demikian menurut Kementerian Pendidikan.

Dalam satu kenyataan di sini Khamis, kementerian itu memaklumkan calon boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing selepas pukul 10 pagi, pada hari yang sama.

"Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan PMR melalui mySMS 15888 yang diaktifkan mulai 10 pagi 19 Dis hingga 11.59 malam, 25 Dis," menurut kenyataan itu.

Seramai 462,940 calon menduduki peperiksaan PMR di 3,530 pusat peperiksaan di seluruh negara tahun ini.

-- BERNAMA

Pelantikan Baru Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

TAHNIAH

YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia,
Kementerian Pendidikan Malaysia



Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Datuk Dr. Khair bin Mohamad Yusof telah dilantik sebagai Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Kementerian Pendidikan Malaysia berkuatkuasa mulai 8 Disember 2013.

Kami seluruh warga SAMT Sultan Hisamuddin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan berjanji memberi sokongan sepenuhnya kepada beliau untuk terus mengangkat kualiti pendidikan negara.

 

 

Urusan Rayuan Masuk Tingkatan 1

Adalah dimaklumkan bahawa segala URUSAN RAYUAN MASUK KE TINGKATAN 1 TAHUN 2014 bukan dibawah bidang kuasa pihak sekolah. Semua urusan tersebut hendaklah dibuat terus ke Pejabat Agama Islam Daerah Klang di alamat berikut:


Bahagian Pendidikan Islam
Pegawai Agama Islam Daerah Klang,
Pejabat Agama Islam Daerah Klang,
Tingkat Bawah & 1, Bangunan
Pejabat-Pejabat Kerajaan,
Jalan Kota, 41000 Klang,
Selangor Darul Ehsan.

Statistik Kementerian Pendidikan Malaysia

Statistik Ringkas KPM

(Data seperti pada 

31 Oktober 2013)

Bilangan Sekolah

Rendah

Menengah

Jumlah

7,745

2,354

10,099


Bilangan Murid (Enrolmen)

 Peringkat

Jumlah

Prasekolah

192,248

Rendah

2,741,617

Menengah

2,288,666

Jumlah

5,222,531


Bilangan Guru

Peringkat

Jumlah

Rendah

241,098

Menengah

178,990

Jumlah

420,088

 

Permohonan Masuk Tingkatan 1 tahun 2014

Assalamualaikum WBT,


Sukacita dimaklumkan bahawa segala urusan permohonan masuk ke tingkatan 1 tahun 2014 bukan dibawah bidang kuasa pihak sekolah. Semua urusan tersebut hendaklah dibuat  terus ke Pejabat Agama Islam Daerah Klang di alamat berikut:


Bahagian Pendidikan Islam
Pegawai Agama Islam Daerah Klang,
Pejabat Agama Islam Daerah Klang,
Tingkat Bawah & 1, Bangunan
Pejabat-Pejabat Kerajaan,
Jalan Kota, 41000 Klang,
Selangor Darul Ehsan.


No. Tel : 03-33726924 / 03-33715166


Terima kasih.

Carta Organisasi SAMTSH 2013

Warga SAMT Sultan Hisamuddin yang ceria

 

Gambar kenangan sempena Majlis Jamuan Akhir Tahun 2013 bertempat di Galeri Shah Alam,

Shah Alam Selangor Darul Ehsan

 
 
 

Pengurusan Tertinggi JPN Selangor

 

Pengurusan Tertinggi Jabatan Pendidikan Negeri Selangor

 

PENGETUA

 

HAJI MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID

 

Statistik Kementerian Pendidikan

Statistik Ringkas
Bilangan Sekolah
Peringkat Bilangan Sekolah
Rendah 7,752
Menengah 2,367
Jumlah 10,119
Bilangan Murid (Enrolmen)
Peringkat Jumlah
Prasekolah 195,609
Rendah 2,708,988
Menengah 2,234,085
Jumlah 5,138,682
Bilangan Guru
Peringkat Jumlah
Rendah 198,094
Menengah 223,299
Jumlah 421,393
Data EMIS 28 Februari 2014
Maklumat lanjut sila klik disini

Facebook

Waktu Sekarang

 

Lokasi