PERUTUSAN PENGETUA
Assalamu'alaikum WBT
Bagi saya, laman web ini bukan sekadar paparan visual semata-mata, bahkan ia dapat membuka satu dimensi baru dalam budaya ilmu ke arah pendidikan bertaraf dunia yang menjadi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya berharap, semoga komunikasi, interaksi dan pertukaran maklumat akan terus berlaku dengan lebih pesat dan dinamik di ruang siber ini bagi manfaat bidang pendidikan negara. Semoga ini bukan kunjungan kali terakhir anda ke laman ini, kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda semua. Pengetua, SAMT Sultan Hisamuddin.
LAGU SEKOLAH
Berita
Kami Warga Guru SAMT Sultan Hisamuddin mengucapkan Selamat Hari Raya 'Eidul Fitry, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh pelajar SAMTiSH, Ibu Bapa serta muslimin dan Muslimat. Semoga kita semua...
Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat menunaikan Ibadah Puasa. Semoga kita semua mendapat limpahan nikmat dan kurnia daripada Allah SWT sempena bulan yang penuh barokah ini. Ramadhan Kareem
Sambutan Hari Koperasi Sekolah 2014 telah berjaya dilaksanakan dengan penuh meriah pada 27 Jun 2014. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan...
Kejohanan Sukan, Padang dan Balapan telah dapat dilaksanakan pada 21 Jun 2014. Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat samada secara lansung atau tidak dalam...
Alhamdulillah, Majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Sesi 2013/2014 yang telah diadakan pada 20 April 2014 telah berjalan dengan lancar. Perasmian majlis tersebut telah disempurnakan oleh Tuan Hj....
Alhamdulillah. Kursus Kepimpinan Bestari 2014 telah dapat dilaksanakan pada 14 hingga 15 Mac 2014 bertempat di Hotel Gold Course Klang. Terima Kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program...
Alhamdulillah. 17 Mac 2014. Ulangtahun kelahiran Pengetua SAMTSH, Tuan Haji Mohd Zainul Arifien bin Mohd Jaid.. Team Khalifah ar-Rayyan memeriahkan suasana perhimpunan.. Secara tidak langsung,...
More inArtikel SAMTSH di World Innovation Forum Kuala Lumpur 2013
SAM Tinggi Sultan Hisamuddin telah tersenarai sebagai finalis dalam pertandingan inovasi antarabangsa kategori sempena World Innovation Forum Kuala Lumpur 2013 yang diadakan di KLCC pada 12-14 November 2013.
Dalam pertandingan tersebut persembahan dan kepetahan menyampaikan hujah dan penerangan sangat mengujakan sehingga menarik perhatian pengunjung dalam dan luar negara. Dalam pertandingan tersebut, SAMTSH tersenarai dalam kedudukan tiga yang terbaik.
Tahniah diucapkan kepada pasukan SAMTSH. Pengurusan Tertinggi BPI
Pengurusan Tertinggi Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendikan Malaysia. Anugerah Kecemerlangan Akademik Sultan Idris Shah 1435H
Dua orang bekas pelajar SAMT Sultan Hisamuddin telah menerima Anugerah kecemerlangan akademik Sultan Idris Shah sempena sambutan Maal Hijrah peringkat negeri Selangor 1435H yang telah diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Mereka adalah Saudari Ummi Shahidah bagi peperiksaan SPM dan Saudara Nazirul Mubin untuk peperiksaan STPM. Anugerah ini telah disampaikan oleh Sultan Selangor . Ucapan Tahniah juga kpd mantan pengetua SAMT SULTAN HISAMUDDIN al Fadhil ustaz Sianid Mokim yang telah diumumkan sebagai tokoh Maal Hijrah negeri Selangor.
Projek Blue Pea Powder SAMT Sultan Hisamuddin Juara Sains Inovasi
SERDANG, 20 Nov 2012 – Pasukan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hishamuddin meraikan kejayaan mereka selepas diumumkan juara pertandingan Loreal Saintis Muda di UPM Serdang, Selangor baru-baru ini.
Hari Koperasi Sekolah 2012
Assalamualaikum WBT
Hari Koperasi Sekolah 2012
Tempat : Sekitar Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin
Masa : 8:40 pagi - 2:10 petang.
Tarikh : 26 Jun 2012 (Selasa)
Anjuran : Koperasi Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin
Sasaran : Program ini disasarkan kepada semua pelajar dari tingkatan 1-6
Tentatif : 7:30 pagi : Pelajar dan guru berkumpul di dewan 7:40 pagi :
8:45 pagi : Menanam pokok koperasi. (Manggis dan Ciku) 9:00 pagi : Program sembelihan ayam (tingkatan 4,5,6) dan aktiviti hari koperasi
10:30 pagi : Rehat 11:00 pagi : Ceramah di dalam dewan (tingkatan 1-6) 01:00 tgh : Rehat dan persiapan solat Zuhur
Ulasan : Semua pelajar berada dalam keadaan teratur.
Catatan :
Lawatan Polis ke SAMTSH 2012
Assalamu'alaikum WBT
Lawatan Pegawai Polis Daerah Klang
Tempat : Dataran Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin
Masa : 7:30 pagi sehingga 8:10 pagi
Tarikh : 20 April 2012 (Jumaat)
Sasaran : Untuk membina semangat dan jati diri pelajar serta memberi nasihat supaya pelajar tidak terjebak dengan aktiviti-aktiviti sosial dan negatif.
Tentatif : 7:30 am : Pelajar membuat barisan lurus mengikut kelas masing-masing bagi menyambut kedatangan anggota polis. 7:45 am : Pengerusi majlis memberi sedikit taklimat tentang kedatangan pegawai polis pada pagi itu. 7:48 am : Nyanyian lagu negaraku, lagu negeri Selangor, lagu sekolah. Disertakan dengan doa dan bacaan ikrar. 7:58 am : Pengetua memberikan sedikit ucapan. 8:05 am : Pegawai polis memberikan ucapan tentang bahayanya jenayah dan cara-cara untuk mencegahnya. 8:30 am : Persembahan musamarah lelaki. 8:40 am : Penyampaian hadiah kepada pegawai polis yang hadir. 8:45 am : Bersurai. Pegawai polis, guru-guru dan pengawas sekolah dikecualikan. 8:50 am : Sesi mengambil gambar polis bersama-sama pengetua, guru-guru dan pengawas sekolah.
Ulasan : Semua pelajar berada dalam keadaan teratur. Tiada pelajar berkeliaran.
Catatan : Lawatan ini bertujuan untuk memberikan penerangan kepada pelajar tentang bahayanya jenayah. Selain itu, para pelajar disulami dengan kata-kata semangat untuk bersama membenci dan memerangi jenayah.
Program Bahasa dan Pertandingan Bercerita SUMUR 2012
Assalamu'alaikum WBT
Program Bahasa dan Pertandingan Bercerita 2012
Tempat : Program Bahasa (Dewan Al-Bukhari), Pertandingan Bercerita anjuran SUMUR (Bilik Seminar), Peserta KAMIL Peringkat Zon 2012 (Sekitar Kawasan Sekolah), Peserta Perarakan Maulidur Rasul (Dataran Sekolah)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Tarikh : 1 Februari 2012 (Rabu)
Sasaran : Semua pelajar SAMT Sultan Hisamuddin.
Tentatif : 2.45 pm : Para pelajar menuju ke premis yang ditetapkan 3.00 pm : Semua aktiviti dimulakan 5.00 pm : Bersurai
Ulasan : Ramai pelajar menyertai Program Bahasa dan Pertandingan Bercerita anjuran SUMUR. Terdapat juga pelajar yang menjalankan latihan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri dan latihan KAMIL.
Catatan : Terdapat beberapa orang pelajar yang berkeliaran di sekitar kawasan sekolah namun berjaya dikawal oleh pengawas sekolah.
Usrah Pertama 2012
Assalamu'alaikum WBT
Usrah Pertama 2012
Tempat : Di kelas masing-masing
Masa : 3.00 petang - 4.30 petang
Tarikh : 16 Februari 2012 (Rabu)
Sasaran : Semua pelajar SAMT Sultan Hisamuddin.
Tentatif : 2.45 pm : Para pelajar masuk ke dalam kelas masing-masing 3.00 pm : Usrah oleh Naqib/Naqibah yang dilantik 4.30 pm : Bersurai
Ulasan : Semua pelajar masuk ke dalam kelas pada waktu yang ditetapkan. Naqib dan naqibah yang dilantik mula menjalankan tugas masing-masing.
Catatan : Usrah merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Rohani (BADAR) dan dijalankan dua kali sebulan. Program ini diadakan bertujuan untuk mengeratkan ukhuwwah antara pelajar SAMTSH di samping meningkatkan ilmu pengetahuan agama sedia ada dan memperbaiki kesilapan diri. Semua pelajar diwajibkan membawa Buku Usrah.
Gambar :
Mesyuarat Agung Kokurikulum 2012
Assalamu'alaikum WBT
Mesyuarat Agung Kokurikulum 2012
Tempat : Sekitar SAMT Sultan Hisamuddin (setiap acara diadakan di premis-premis tertentu)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Tarikh : 11 Januari 2012 (Rabu)
Sasaran : Semua pelajar SAMT Sultan Hisamuddin.
Tentatif : 1.30 pm : P&P ditamatkan 1.50 pm : Solat Zohor 2.20 pm : Taklimat ringkas di Dewan Al-Bukhari 2.30 pm : Mesyuarat agung unit beruniform 3.00 pm : Mesyuarat agung kelab/persatuan 3.30 pm : Mesyuarat agung sukan/permainan 4.00 pm : Mesyuarat agung rumah sukan 4.30 pm : Bersurai
Ulasan : Semua pelajar berada dalam keadaan teratur. Tiada pelajar berkeliaran.
Catatan : Mesyuarat Agung Kokurikulum tahun 2012 bagi semua unit beruniform, kelab/persatuan, sukan/permainan dan rumah sukan. Program ini merupakan program tahunan dan kebiasaannya dilaksanakan sekitar minggu kedua atau minggu ketiga sesi persekolahan. Program tersebut berjalan dengan lancar. Semua pelajar diwajibkan menghadiri semua aktiviti kokurikulum dan dikehendaki membawa buku penilaian kokurikulum setiap kali perjumpaan. Majulah sukan untuk negara.
Gambar : ![]()
Mesyuarat agung unit beruniform
![]()
Quartermaster sedang menjalankan tugas
![]()
Mesyuarat agung rumah sukan
KAMIL Peringkat Sekolah 2012
Assalamu'alaikum WBT
Kemahiran Amal Islami (KAMIL) Peringkat Sekolah
Tempat : Sekitar SAMT Sultan Hisamuddin (setiap acara diadakan di premis-premis tertentu)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang (14 Februari) & 11.00 pagi - 2.00 petang/3.00 petang - 5.00 petang (15 Februari)
Tarikh : 14 & 15 Februari 2012 (Selasa & Rabu)
Sasaran : Peserta daripada 4 buah firqah (Ibnu Batuttah, Ibnu Razzi, Ibnu Rushd, Ibnu Khaldun). Sebahagian menjadi AJK pertandingan dan penyokong firqah masing-masing.
Tentatif : 7.40 am : P&P di kelas masing-masing 10.30 am : Rehat dan persiapan premis 11.00 am : Pertandingan bermula 1.40 pm : Semua pertandingan sudah tamat kecuali Rawi Marhaban 2.10 pm : Solat Zohor 3.00 pm : Pertandingan Rawi dan Marhaban berlangsung di dewan 4.30 pm : Tamat semua pertandingan 4.35 pm : GPK Kokurikulum, Pn Azlina mengumumkan keputusan keseluruhan KAMIL 5.00 pm : Keputusan pertandingan ditampal di hadapan Bilik Kokurikulum
Ulasan : Peserta-peserta bersaing secara sihat. Tiada sebarang masalah kecuali terdapat segelintir pelajar yang berkeliaran di kawasan bukan premis pertandingan dan telah berjaya diatasi oleh beberapa orang pengawas.
Catatan : KAMIL ini merupakan platform bagi pelajar untuk menonjolkan bakat mereka di samping mencari wakil sekolah bagi KAMIL peringkat zon yang akan diadakan pada 14 April 2012. KAMIL ini disertai oleh 4 buah firqah iaitu Ibnu Battutah, Ibnu Razzi, Ibnu Rushd dan Ibnu Khaldun. Bagi rumah sukan yang mendapat tempat pertama mendapat 20 markah, tempat kedua 15, ketiga 10 dan keempat 5. Peserta yang menyertai lebih daripada 1 acara pula, markah penyertaan mereka akan ditolak.
Sebagai contoh, mereka yang berhak mendapat tempat pertama akan mendapat tempat kedua kerana mereka memasuki lebih daripada 1 acara.
Antara acara yang dipertandingan adalah seperti berikut (dalam kurungan kategori) :
Gambar :
Keputusan KAMIL 2012 : 1. Ibnu Batuttah (685 mata) 2. Ibnu Razzi (605mata) 3. Ibnu Rushd (575 mata) 4. Ibnu Khaldun (490 mata)
Juara keseluruhan telah disandang oleh Ibnu Batuttah More Articles...PENGETUA
HAJI MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID Statistik Kementerian Pendidikan
Waktu Sekarang
Lokasi |