Falsafah, Misi dan Visi
VISI SEKOLAH
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
MISI SEKOLAH
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
MOTTO SEKOLAH
“Sebaik-baik Ilmu Ialah Ilmu Yang Bermanfaat”
SLOGAN SEKOLAH
“Hayya Bilkifah, Hayya Binnajah, Hayya Bilfalah”
FALSAFAH SEKOLAH
Manusia mempunyai potensi yang boleh diperkembangkan. Pendidikan awal membina keyakinan. Pembelajaran dan pengajaran yang seimbang membina kekamilan. Kematangan mental dan fizikal melahirkan cerdik pandai. Bak kata pepatah; “belakang parang kalau diasah lagikan tajam, inikan lagi insan mulia”.
Perutusan Pengetua

Assalamu'alaikum WBT
Allhamdulillah, bersyukur ke hadrat ALLAH SWT kerana dengan keizinan dan limpah kurniaNya, Laman Web Rasmi SAMT Sultan Hisamuddin dapat disempurnakan. Selawat dan salam ditujukan kepada Junjungan Besar Nabi Muhamad SAW.
Adalah menjadi hasrat sekolah untuk mencapai tahap yang gemilang dan berkesan. Selaras dengan hasrat tersebut, pihak sekolah telah berusaha menyediakan laman web sekolah untuk sesiapa sahaja mengakses laman web sekolah ini. Laman web ini dibina bertujuan untuk memaparkan informasi dan aktiviti sekolah yang terkini, mahupun untuk berinteraksi sesama sendiri. Laman web ini juga bertujuan untuk memberi maklumat yang jelas dan terperinci tentang latar belakang SAMT Sultan Hisamuddin.
Bagi saya, laman web ini bukan sekadar paparan visual semata-mata, bahkan ia dapat membuka satu dimensi baru dalam budaya ilmu ke arah pendidikan bertaraf dunia yang menjadi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya berharap, semoga komunikasi, interaksi dan pertukaran maklumat akan terus berlaku dengan lebih pesat dan dinamik di ruang siber ini bagi manfaat bidang pendidikan negara. Semoga ini bukan kunjungan kali terakhir anda ke laman ini, kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda semua.
Sekian, terima kasih.
HAJI MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID,
Pengetua,
SAMT Sultan Hisamuddin,
Jalan Kota Raja,
41000 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
Sejarah Penubuhan
1936
-
Penubuhan Sekolah Agama (untuk pelajar lelaki) di tapak Sekolah Kebangsaan Klang sekarang. Sekolah Agama tersebut dibuka terus semasa pemerintahan Jepun di Tanah Melayu.
1946
-
Penubuhan Madrasah Ahliah Uthmaniah (untuk pelajar perempuan di rumah Haji Othman).
1947
-
Dengan budi bicara Raja Nong, DYMM Almarhum Sultan Hisamuddin mewakafkan istana baginda (Kolej Islam sekarang) untuk pelajar Madrasah Ahliah Utmaniah & juga pelajar lelaki dibawah pentadbiran yang berasingan. Madrasah perempuan menukar nama kepada Raudzah Hisamuddin Syariah dengan Ustazah (Allahyarhamah) Asmah binti Othman sebagai Guru Besar pertamanya. Madrasah lelaki diberi nama kepada Maahad Jamaah Islami Addini.
1951
-
Rombongan pelajar permpuan yang diketuai oleh Ketua Pejabat Agama Islam, Allahyarham Tuan Haji Fateh Akhir menemui DYMM Almarhum Sultan Selangor untuk menubuhkan Sekolah Menengah Arab yang berasingan. Hasilnya, Madrasah Raudzah Hisamuddin Syariah dipindahkan ke Kampung Jawa dan bertukar nama kepada Maahad Jamaah Islami Addini.
1956
-
Pelajar lelaki Mutail Ulumuddiniah dipindahkan ke Masjid Sultan Sulaiman kerana bangunannya dijadikan Kolej Islam Klang. Kemudian dipindahkan ke Madrasah Faiizin untuk pelajar “ibtidani” (peringkat rendah) dan ke surau Sungai Bertih untuk pelajar lelaki IV Tahanawi.
1957
-
Madrash Murtail Ulumuddiniah dipindahkan ke bangunan baru Sungai Bertih.
1974
-
Sekolah Agama Menengah Rendah Hisamuddin dipindahkan ke Sungai Bertih (SAMRH). Maahad Hisamuddin (lelaki) di Sungai Bertih disatukan dengan Maahad Jamaah Islami Addini (perempuan) dan bertukar nama kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jamaah (SAMTTAJ).
-
SAMRH (Sungai Bertih) dan SAMTTAJ Kampung Jawa disatukan pentadbirannya dan dinamakan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di bangunan SAMTTAJ Kampung Jawa.
1979
-
Bangunan lama SAMRH (Sungai Bertih) yang lama digunakan semula untuk menampung kekurangan bilik darjah SAMTH Kampung Jawa.
1982
-
Bangunan baru SAMTH Kampung Jawa mula digunakan.
-
Pentadbiran SAMRH Sungai Bertih Kampung Jawa dipisahkan.
1984
-
Pengasingan pelajar lelaki dan perempuan diperingkat menengah tinggi. Pelajar lelaki ke SAMTTAJ Shah Alam pelajar perempuan ke SAMTH Kampung Jawa.
1987
-
Kelas tingkatan 4 Sains ditubuhkan. Pelajar lelaki juga diambil dari Sekolah Menengah agama JAIS yang lain hingga ke tahun 1991.
1992
-
SAMTH menjadi Sekolah Agama Menengah Tinggi perempuan sepenuhnya.
1998
-
November : SAMT Hisamuddin dan SAM Unwanus Saadah telah mendapat pengiktirafan MS 1SO 9002 dari Audit SIRIM. Sijil Pengiktirafan telah disampaikan oleh YAB Dato’ Abu Hassan Omar, Menteri Besar Selangor dalam satu Majlis Rasmi Bulanan di Dataran Bangunan SUK, Shah Alam
2001
-
SAMTH berpindah ke bangunan baru yang lengkap dengan surau, asrama dan padang permainan. Pada masa yang sama sekolah telah menerima semula kemasukan pelajar lelaki bermula dari Tingkatan Satu.
2005
-
Proses pendaftaran Sekolah-Sekolah Agama Menengah JAIS menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia.
2006
-
Guru-guru berjawatan tetap JAIS diberi peluang membuat pilihan (opsyen) sama ada berkhidmat dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia atau meneruskan berkhidmat dibawah Kerajaan Negeri.
2007
-
Januari : Secara rasminya SAM/SAMT Negeri Selangor menjadi Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dibawah pentadbiran Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia.
2009
-
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Al Marhum Tuanku Salahuddin Abdul Aziz Shah, berkenan merasmikan SAMTH dan seterusnya nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamddin Kampung Jawa ditukar kepada Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin (SAMTSH).
2011
-
Bangunan dua tingkat bagi pelajar Tingkatan Enam dibina dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2012.
Hubungi
 |
SEKOLAH AGAMA MENENGAH TINGGI SULTAN HISAMUDDIN |
 |
JALAN KOTA RAJA, 41000 KLANG SELANGOR, MALAYSIA |
 |
+6 03-3371 3793 |
 |
+6 03-3373 2594 |
 |
samtsh[at]samtsh.edu.my |
 |
http://www.samtsh.edu.my |

HAJI MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID
Statistik Ringkas
Bilangan Sekolah
Peringkat |
Bilangan Sekolah |
Rendah |
7,752 |
Menengah |
2,367 |
Jumlah |
10,119 |
Bilangan Murid (Enrolmen)
Peringkat |
Jumlah |
Prasekolah |
195,609 |
Rendah |
2,708,988 |
Menengah |
2,234,085 |
Jumlah |
5,138,682 |
Bilangan Guru
Peringkat |
Jumlah |
Rendah |
198,094 |
Menengah |
223,299 |
Jumlah |
421,393 |
|
|
|