Program Bahasa dan Pertandingan Bercerita SUMUR 2012
Assalamu'alaikum WBT
Program Bahasa dan Pertandingan Bercerita 2012
Tempat : Program Bahasa (Dewan Al-Bukhari), Pertandingan Bercerita anjuran SUMUR (Bilik Seminar), Peserta KAMIL Peringkat Zon 2012 (Sekitar Kawasan Sekolah), Peserta Perarakan Maulidur Rasul (Dataran Sekolah)
Masa : 3.00 petang - 5.00 petang
Tarikh : 1 Februari 2012 (Rabu)
Sasaran : Semua pelajar SAMT Sultan Hisamuddin.
Tentatif : 2.45 pm : Para pelajar menuju ke premis yang ditetapkan 3.00 pm : Semua aktiviti dimulakan 5.00 pm : Bersurai
Ulasan : Ramai pelajar menyertai Program Bahasa dan Pertandingan Bercerita anjuran SUMUR. Terdapat juga pelajar yang menjalankan latihan perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri dan latihan KAMIL.
Catatan : Terdapat beberapa orang pelajar yang berkeliaran di sekitar kawasan sekolah namun berjaya dikawal oleh pengawas sekolah.
Perutusan Pengetua
Assalamu'alaikum WBT
Bagi saya, laman web ini bukan sekadar paparan visual semata-mata, bahkan ia dapat membuka satu dimensi baru dalam budaya ilmu ke arah pendidikan bertaraf dunia yang menjadi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia.
Saya berharap, semoga komunikasi, interaksi dan pertukaran maklumat akan terus berlaku dengan lebih pesat dan dinamik di ruang siber ini bagi manfaat bidang pendidikan negara. Semoga ini bukan kunjungan kali terakhir anda ke laman ini, kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran anda semua.
HAJI MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID, Pengetua, SAMT Sultan Hisamuddin, Jalan Kota Raja, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan. Mesyuarat Agung Kokurikulum 2012
Assalamu'alaikum WBT
Mesyuarat Agung Kokurikulum 2012
Tempat : Sekitar SAMT Sultan Hisamuddin (setiap acara diadakan di premis-premis tertentu)
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Tarikh : 11 Januari 2012 (Rabu)
Sasaran : Semua pelajar SAMT Sultan Hisamuddin.
Tentatif : 1.30 pm : P&P ditamatkan 1.50 pm : Solat Zohor 2.20 pm : Taklimat ringkas di Dewan Al-Bukhari 2.30 pm : Mesyuarat agung unit beruniform 3.00 pm : Mesyuarat agung kelab/persatuan 3.30 pm : Mesyuarat agung sukan/permainan 4.00 pm : Mesyuarat agung rumah sukan 4.30 pm : Bersurai
Ulasan : Semua pelajar berada dalam keadaan teratur. Tiada pelajar berkeliaran.
Catatan : Mesyuarat Agung Kokurikulum tahun 2012 bagi semua unit beruniform, kelab/persatuan, sukan/permainan dan rumah sukan. Program ini merupakan program tahunan dan kebiasaannya dilaksanakan sekitar minggu kedua atau minggu ketiga sesi persekolahan. Program tersebut berjalan dengan lancar. Semua pelajar diwajibkan menghadiri semua aktiviti kokurikulum dan dikehendaki membawa buku penilaian kokurikulum setiap kali perjumpaan. Majulah sukan untuk negara.
Gambar : ![]()
Mesyuarat agung unit beruniform
![]()
Quartermaster sedang menjalankan tugas
![]()
Mesyuarat agung rumah sukan
PENGETUA
HAJI MOHD ZAINUL ARIFIEN BIN MOHD JAID Statistik Kementerian Pendidikan
Waktu Sekarang
|